Media & Events

Kenyataan Media Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu hina

07 Aug 2014
Kenyataan Media Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu hina yang Di-Pertuan Agong. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan pihak polis dalam menyiasat kes penghinaan Yang Di-Pertuan Agong oleh individu pemilik akaun Facebook bernama “Chandra Lawan Tetap Lawan” bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang tegas. 

Sehubungan itu, MCMC meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini yang boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu gugat keluhuran institusi beraja. 

Pada masa yang sama, MCMC juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. 


DATO' MOHAMED SHARIL TARMIZI
PENGERUSI
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
Share this article
Follow