Media & Events

MCMC Anjur Program Advokasi Bersama Komuniti

05 Jul 2016
SHAH ALAM, 5 Julai 2016 --- Program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan anjuran Pejabat Wilayah Tengah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan asnaf dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah.  
 
Seramai 52 anak-anak yatim, yatim piatu dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Bakti Al Kausar telah hadir pada program advokasi KDB@Ramadan yang berlangsung di Wisma PKPS, Shah Alam.   
Pada program tersebut, MCMC berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada anak-anak yatim dan asnaf yang hadir memandangkan mereka merupakan pengguna internet dan memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran.  
 
Selain di Selangor, program advokasi bersama komuniti KDB@Ramadan itu juga diadakan di lokasi-lokasi lain melibatkan penyertaan pejabat-pejabat Wilayah, Negeri dan Cawangan MCMC di seluruh negara.  
Pada program advokasi itu juga, sumbangan turut disampaikan kepada kedua-dua rumah anak-anak yatim berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hadir sama pada program advokasi tersebut ialah Ketua Wilayah Tengah MCMC, Zahari Ismail serta wakil-wakil daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.  



KETUA Wilayah Tengah MCMC, Zahari Ismail (tengah) bersama-sama dengan anak-anak yatim Rumah Bakti Nur Syaheera dan Al Kausar pada program advokasi KDB@Ramadan di Shah Alam, baru-baru ini.

 

Share this article
Follow