Media & Events

MCMC Menyambut Baik Penubuhan Mahkamah Khas Siber

02 Sep 2016
CYBERJAYA
2 September 2016
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik penubuhan Mahkamah Khas Siber yang memulakan operasinya semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penubuhan Mahkamah Khas Siber adalah tepat pada waktunya memandangkan trend jenayah siber pada masa kini yang memerlukan pengurusan kes yang cepat dan berkesan.

Mahkamah Khas Siber tersebut akan dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang khusus dan berpengalaman bagi membolehkan tumpuan dan keutamaan diberikan kepada kes-kes berkaitan jenayah siber seperti penggodaman, penipuan dalam talian, botnet, kecurian maklumat, pengintipan, judi siber, pemalsuan dokumen, pornografi dan seumpamanya.

MCMC berharap agar kes-kes siber yang disiasat oleh MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, terutamanya kes-kes penyalahgunaan media sosial dapat dibicarakan di Mahkamah Khas Siber ini dengan segera.
Share this article
Follow