Media & Events

MCMC Sekat Laman The Malaysian Insider

25 Feb 2016
SIARAN AKHBAR MCMC SEKAT LAMAN THE MALAYSIAN INSIDER CYBERJAYA, 25 Februari 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat laman The Malaysian Insider ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekatan tersebut juga dilakukan oleh MCMC berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Sehubungan itu, MCMC memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya. Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini. SEKIAN
Share this article
Follow