Berwaspada dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Anda bebas meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.
Fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari.
Sahkan fakta sebelum berkongsi, bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar.
Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat.
Penerapan nilai murni melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati. Sentiasa amalkan kesejahteraan siber sebagai amalan gaya hidup seharian.
Jaga etika dan bahasa ketika berkomunikasi di internet. Bersama kita menggalas tanggungjawab dalam mencipta persekitaran siber yang positif dan harmoni.
Gunakan media sosial secara positif dan beretika. Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.
Jadilah pengguna internet yang bijak. Jom amalkan Rukun Negara ketika berinteraksi di media sosial demi mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan negara.
Amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!
Jom amalkan siri netiquette ketika berkomunikasi di media sosial. Amalan kawal selia kendiri yang tinggi dapat membentuk personaliti dan pembangunan jati diri individu yang hebat.
Laporkan kandungan sensitif berbentuk 3R (Religion, Race & Royalty).
Jangan sokong hasutan berbaur jahat.
Jadilah pengguna bijak dengan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang mencetuskan salah faham.
Jangan sebarkan kandungan berbaur hasutan demi keharmonian sesama kaum.
Anda boleh menentusahkan kesahihan berita palsu di:
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.