Lesen Kelas - NFP, NSP, ASP & CASP

PROSEDUR PERMOHONAN

LESEN KELAS

Pemohon yang ingin menyediakan kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi atau aplikasi kandungan yang termaktub dalam lesen kelas perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

        a) Dua salinan  Borang D  yang lengkap diisi per lesen;
        b) Fi pendaftaran RM2,500.00 per lesen;
        c) Maklumat seperti tertera dalam senarai semakan yang dikepil Senarai Semakan
        d) Templat permohonan ANNEX 2; dan
        e) Maklumat atau dokumen tambahan seperti yang dikehendaki oleh MCMC.

Pendaftaran lesen kelas adalah sah untuk satu tahun (kalendar) sahaja. Sebelum lesen tersebut tamat, pemegang lesen mesti menyerahkan permohonan baru kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) beserta fi dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

FI LESEN KELAS

Fi pendaftaran adalah RM2,500.00.

Senarai semua fi berkaitan lesen yang dikenakan  adalah seperti jadual di bawah:-

Jenis- jenis Fi Bayaran(RM)
Fi Pendaftaran permulaan dan fi pendaftaran tahunan (satu tahun) 2,500.00
Permohonan untuk salinan notis pendaftaran lesen kelas yang disahkan 10.00 per muka surat
Permohonan untuk salinan lesen kelas yang disahkan 10.00 per muka surat
Fi untuk perubahan keterangan pada notis pendaftaran lesen kelas 50.00 
Fi untuk membuat salinan atau mengekstrak kandungan daripada pendaftaran 1.00 per muka surat
 

BUKU PANDUAN PELESENAN

Buku panduan ini menyediakan panduan terhadap maklumat yang diperlukan dalam semua permohonan lesen dan kriteria yang diambilkira oleh MCMC dalam menilai semua permohonan lesen. Buku Panduan Pelesenan

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow