Lesen Individu - NFP, NSP & CASP

PROSEDUR PERMOHONAN

LESEN INDIVIDU

I.  Lesen Baru Individu

Pemohon yang berhasrat untuk menyediakan kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang memerlukan lesen individu, perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada MCMC:

  • Borang A lengkap diisi bersama dengan fi permohonan RM10,000.00 bagi setiap lesen;
    Muat Turun Borang A
  • Butiran disediakan seperti tertera dalam senarai semakan;
    Muat Turun Semakan
  • Templat permohonan; dan
    Muat Turun Templat Permohonan
  • Maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh masa yang dinyatakan. Kegagalan penyerahan dalam tempoh masa yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru.
II.  Perubahan Lesen Individu

Pemohon yang ingin membuat perubahan pada lesen individu kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

a)  Surat rasmi yang menyatakan sebab-sebab membuat perubahan  bersama fi permohonan berjumlah RM1,000.00 bagi setiap lesen; dan

b)  Maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan kepada pemohon untuk membuat permohonan baru. 

III.  Pemindahan Lesen Individu

Pemohon yang berhasrat untuk memindahkan lesen individu perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

a)  Surat rasmi yang mengandungi maklumat keterangan pemindahan bersama dengan fi permohonan RM5,000.00 bagi setiap lesen; dan 

b)  Maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru. 

IV.  Pembaharuan Lesen Individu

Pemohon yang berhasrat untuk membaharui lesen individu perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC sebelum lesen sedia ada tamat tempoh(s):-
  1.  Borang A yang lengkap diisi  bersama dengan fi permohonan RM25,000.00 bagi setiap lesen;
  2. Butiran seperti tertera di ANNEX 1; dan
  3. Maklumat atau dokumen yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru. 

FI LESEN INDIVIDU 

Bagi lesen individu, fi yang dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Fi Permohonan  - RM10,000.00 per lesen (tidak dikembalikan);
  2. Fi Kelulusan - RM50,000.00 per lesen; dan
  3. Fi Lesen Tahunan - 0.5% daripada Perolehan Tahunan Kasar (seperti yang terpapar pada akaun teraudit pemegang lesen bagin tahun sebelumnya) atau RM50,000.00 (per lesen) yang mana lebih tinggi.

Senarai semua fi berkaitan lesen yang dikenakan adalah seperti dalam jadual di bawah:-

Jenis-jenis Fi Bayaran(RM)
Fi Kelulusan
50,000.00
Fi Permohonan
10,000.00
Fi pemprosesan bagi pembaharuan dan pembaharuan lesen individu 25,000.00
Permohonan bagi salinan lesen individu yang disahkan 10.00 per muka surat
Fi untuk perubahan keterangan 100.00
Permohonan untuk perubahan atau syarat tambahan terhadap lesen individu 1,000.00
Permohonan untuk pemberian atau pemindahan lesen individu 5,000.00
Fi untuk menggantikan lesen individu 10.00 per muka surat
Fi untuk membuat salinan atau mengekstrak kandungan daripada pendaftaran 1.00 satu muka surat

REBAT UNTUK LESEN INDIVIDU

Peraturan 2000 Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) memperuntukkan rebat terhadap fi tahunan yang berkenaan bagi pemegang lesen individu. Untuk mendapatkan rebat terhadap fi tahunan berbayar, pemegang lesen individu hendaklah mengeluarkan perbelanjaan terhadap item-item berkaitan pembangunan industri.

Bagi tujuan rebat fi lesen, item-item pembangunan industri yang berkelayakan adalah:-

         a) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D);
         e) Latihan Kemahiran;
          f) Pelaburan minoriti dalam industri Kecil dan Sederhana (IKS);
         g) Pemerolehan tambah nilai daripada IKS Malaysia; dan
         h) Kandungan dan produksi tempatan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan item-item tersebut, sila rujuk dokumen :
'Revised Information Paper on Eligible Deductions for Individual Licence Fee Rebates'
FAQs for Licence Fee Rebates

Pemegang lesen Individu yang berhasrat untuk memohon rebat terhadap fi tahunan perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

         i) Borang permohonan Rebat yang lengkap diisi WordPDF
        ii) Butiran seperti yang terkandung dalam senarai semakan Muat Turun Senarai Semakan

       iii) Pengiraan rebat kepada yang layak  SampelTemplat; dan
        iv)Templat permohonan ANNEX 3


BUKU PANDUAN PELESENAN

Buku panduan ini menyediakan panduan terhadap maklumat yang diperlukan dalam semua permohonan lesen dan kriteria yang diambilkira oleh MCMC dalam menilai semua permohonan lesen. Buku Panduan Pelesenan

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow