Delegasi MCMC telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara pemancar MYTV, Jalan Telipot, Kota Bharu Kelantan

Delegasi MCMC telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara pemancar MYTV, Jalan Telipot, Kota Bharu Kelantan dan diberi taklimat oleh Encik Shamsul Najib, Naib Presiden Kawal Selia, MYTV Broadcasting Sdn. Bhd mengenai kawasan liputan perkhidmatan dan penambaikan infrastruktur digital di negeri Kelantan.

Majlis penyerahan dekoder MYTV juga berlangsung kepada beberapa penerima baharu MYTV.

MCMC sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur dan ketersediaan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia lebih meluas dan memastikan rakyat dapat menikmati kualiti hidup menerusi inisiatif JENDELA.
 
 
Related Content
Share this article
Follow