Kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas Menteri Besar Kedah

Kunjungan hormat Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek ke atas Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir adalah YB Encik Romani Wan Salin, Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Pengarah MCMC Negeri Kedah, En. Azhar Abdul Rahman.

Sesi Taklimat telah diadakan mengenai pelan perancangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi melalui Inisiatif JENDELA untuk Negeri Kedah di samping meningkatkan hubungan kerjasama yang sedia ada di antara Kerajaan Negeri Kedah dan MCMC .
 
 
Related Content
Share this article
Follow