Kunjungan hormat delegasi MCMC ke atas kerajaan Negeri Kelantan

Kunjungan hormat delegasi MCMC ke atas kerajaan Negeri Kelantan, diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah kepada YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.

Turut hadir adalah YB. Ustaz Azhar Bin Salleh, YB Haji Abdul Rahman Yunus, YB Haji Saiful Adli Abu Bakar dan YB Hilmi Abdullah.

Antara perkara yang diperbincangkan ialah meningkatkan hubungan kerjasama sedia ada dan melihat potensi kerjasama baharu antara Kerajaan Negeri Kelantan dan MCMC. Turut diperbincangkan adalah mengenai pelan perancangan pembangunan infrastruktur telekomunikasi melalui inisiatif JENDELA untuk negeri Kelantan.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow