Lawatan Delegasi MCMC ke Forum "World Summit on Information Society 2022 (WSIS 2022)" di Geneva, Switzerland

Delegasi MCMC yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi MCMC telah menghadiri Forum “World Summit on Information Society 2022 (WSIS 2022)” dari 30 Mei – 2 Jun 2022 di Geneva, Switzerland. Forum WSIS 2022 ini yang dianjurkan bersama oleh ITU, UNESCO, UNDP dan UNCTAD merupakan sebuah mekanisme untuk membincangkan peranan ICT sebagai cara dalam mencapai prestasi  Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). 

Forum itu telah menyaksikan penyertaan Malaysia yang diwakili YBhg. Dato’ Pengerusi di dalam sesi interaktif “High Level Interactive Policy” dalam menyampaikan pembentangan yang berkaitan topik “Enabling Environment” pada minggu terakhir Forum WSIS 2022 tersebut.

MCMC turut telah terlibat dalam Mesyuarat Dua Hala bersama Dr. Bilel Jamoussi (Tunisia), Ketua Jabatan Kumpulan Kajian, Biro Standardisasi (TSB), ITU; Encik Mario Maniewicz (Uruguay), Pengarah Biro Komunikasi Radio (BR), ITU; dan En. Mohamed Ben Amor, Ketua Pengarah Pertubuhan ICT Arab (AICTO) bagi perbincangan untuk matlamat pembangunan ICT.

Selain itu, YBhg. Dato’ Pengerusi turut mengadakan perbincangan bersama Encik Joāo O. Freitas, Presiden Lembaga Pengarah, Pihak Berkuasa Komunikasi Kebangsaan, Timor Leste berkenaan kerjasama, pertukaran dan sokongan bagi bidang kawal selia.

Dalam masa yang sama, MCMC telah menerima Anugerah WSIS menerusi Projek Klik Dengan Bijak bagi kategori “Ethical Dimensions of the Information Society” anjuran ITU.

Penyertaan dalam Forum WSIS 2022 ini merupakan salah satu usaha mampan MCMC dalam bersaing bagi mendapatkan kerusi di Majlis ITU (“ITU Council”).
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow