Lawatan Delegasi MCMC ke Infocomm Media Development Authority (IMDA)

Pada 10-11 Mei 2022, delegasi MCMC yang diketuai oleh Pengerusi MCMC, YBhg Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek telah membuat lawatan ke Infocomm Media Development Authority (IMDA) di Singapura dan disambut oleh Pegawai Eksekutif IMDA iaitu Encik Lew Chuen Hong  bagi membincangkan berkenaan pembangunan kawal selia, teknologi dan infrastruktur, pembangunan kapasiti dan lain-lain.

Delegasi MCMC turut melawat “CapitaLand Smart Urban Co-innovation Lab”, “Singtel Future Now Innovation Centre” dan “IBM 5G Industry 4.0 study” pada sesi lawatan tersebut bagi membincangkan perkembangan terbaru teknologi termasuk perkembangan kes kegunaan 5G di Singapura.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow