Lawatan Kerja Delegasi MCMC Bersama Pihak KETENGAH dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi ke Tasik Kenyir

Lawatan kerja delegasi MCMC bersama pihak KETENGAH dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi & fasiliti iaitu Celcom, Maxis, Digi & Felda PRODATA ke Tasik Kenyir bagi membincangkan cara terbaik untuk memastikan liputan rangkaian telekomunikasi di sekitar kawasan tersebut terutama di Pengkalan Gawi.

Tasik Kenyir merupakan lokasi utama pelancongan bagi negeri Terengganu yang meliputi keluasan 38,000 hektar dan terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan.
3 menara telah dibina di dalam kawasan kepulauan Tasik Kenyir di bawah projek pemberi perkhidmatan sejagat iaitu di Pulau Bayas, Sungai Petang & Pulau Camal yang memberikan liputan 3G.

Pihak MCMC bersama penyedia perkhidmatan sedang merancang untuk memperluaskan liputan dan penaiktarafan liputan 3G kepada 4G di 3 menara sedia ada di dalam kawasan Tasik Kenyir di bawah pelan JENDELA.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow