Lawatan Kerja Delegasi MCMC ke Kampung Machang dan Kolej Hutecs di Hulu Terengganu, Terengganu

Lawatan kerja delegasi MCMC ke tapak projek di bawah Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Kampung Machang dan Kolej Hutecs di Hulu Terengganu, Terengganu. Turut menyertai lawatan kerja tersebut adalah YBTM KPDNHEP YB Dato’ Rosol Wahid merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan YB Haji Maliaman bin Kassim, ADUN Ajil.

Menara di tapak projek Kampung Machang setinggi 60 meter yang telah siap dibina dan dijangka mula beroperasi pada 21 Mei 2021 akan dapat memberi liputan 4G kepada penduduk Kampung Machang dan sekitarnya manakala menara di tapak projek Kolej Hutecs setinggi 45 meter pula dijangka mula beroperasi pada 31 Mei 2021 bagi memberi liputan 4G di kawasan Kolej Hutecs, Taman Seri Berang dan Kampung Butut.

Sebanyak 21 menara baharu bakal dibina dan 94 lokasi kerja naik taraf bakal dilaksanakan di Daerah Hulu Terengganu bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan komunikasi 4G.

Turut hadir adalah wakil-wakil penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan fasiliti iaitu Celcom, Maxis, Digi & Felda PRODATA.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow