Lawatan Kerja Delegasi MCMC ke Pusat Latihan ZTE-MMU di Multimedia University (MMU), Melaka

Lawatan kerja delegasi MCMC ke Pusat Latihan ZTE-MMU yang bertempat di Multimedia University (MMU), Melaka telah diadakan bagi melihat Makmal yang baru dinaiktaraf dengan keupayaan 5G hasil usaha kolaborasi di antara MMU dan pembekal teknologi ZTE.

Makmal yang telah dibangunkan sejak tahun 2017 ini memberi peluang kepada pelajar dan pihak industri untuk meneroka dan mengkaji penggunaan teknologi terkini. Para delegasi juga diberikan penerangan berkenaan usaha ini selain turut melihat pertunjukan demonstrasi kes penggunaan teknologi 5G di makmal tersebut.

Pihak MCMC menyokong perkara ini yang dilihat selari dengan usaha kerajaan untuk memacu pelaksanaan 5G dan seterusnya menyokong usaha kerajaan menjayakan inisiatif MyDigital dan JENDELA.
 
 
Related Content
Share this article
Follow