Lawatan kerja Pengerusi Interim MCMC ke TM Network Operation Center (TM NOC), Cyberjaya

Selaras dengan usaha MCMC memastikan semua syarikat telekomunikasi negara memberi khidmat cemerlang berterusan pada masyarakat, satu lawatan rasmi yang diketuai oleh Pengerusi Interim MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din telah dianjurkan ke TM Network Operation Center (TM NOC) di Cyberjaya pada 25 Julai 2022.

Tatacara pengendalian operasi dan reka cipta nilai dalam aspek Environmental, Social dan Governance (ESG) merupakan antara intipati utama taklimat TM, di samping menggariskan perancangan mereka dalam memastikan kesalinghubungan dan penyelesaian digital ke seluruh negara, pemerkasaan rakyat serta rancangan masa hadapan syarikat terhadap pembangunan teknologi digital.

Taklimat TM disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi TM dan En Imri Mokhtar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM.
 
 
Related Content
Share this article
Follow