Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Peringkat Negeri Perlis

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Peringkat Negeri Perlis, 22 Ogos 2022.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi PEDi Peringkat Negeri Perlis telah berlangsung di Hotel Savana, Kuala Perlis baru-baru ini dimana watikah telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM) kepada 14 Pengerusi PEDi.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi dan Teknologi Maklumat  & Komunikasi (ICT) Negeri Perlis; YB Puan Rozieana binti Ahmad, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Arau; YB Dato’ Seri Shahidan Kassim dan juga YB Datuk Zahidi Zainul Abidin; Timbalan Menteri KKOMM yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Besar. 

Pelantikan Pengerusi PEDi adalah penting bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat. Ekonomi digital merupakan instrumen penting buat negara ke arah usaha pemulihan dan menjamin daya saing masa depan ekonomi Malaysia terutama setelah wujudnya norma baharu dalam kehidupan kita disebabkan pandemik COVID-19. 
 
 
Related Content
Share this article
Follow