Pembentangan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu

Pengerusi MCMC membuat pembentangan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Sebelum mesyuarat, Pengerusi MCMC juga telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, YB Dr Mamad bin Puteh, Pengerusi Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam di Wisma Darul Iman dan YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital.

Perbincangan juga menyentuh mengenai penarafan komunikasi jalur lebar sebagai utiliti awam di negeri Terengganu bagi membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi untuk membolehkan rakyat menikmati kemudahan tersebut pada kadar segera.

Polisi kerajaan negeri untuk mengiktiraf dan menggunapakai GPP-I ini amat penting di dalam pembangunan infrastruktur jalur lebar komunikasi dengan lebih terancang dan menyeluruh selaras dengan usaha kerajaan di dalam menjadikan jalur lebar sebagai utiliti ke-3 demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow