Sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, Kuching

Sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, Kuching sempena meraikan ulang tahun ke-56 pembentukan Malaysia.

Sambutan penuh bermakna itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta tetamu kehormat, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tuan Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Haji Eddin Syazlee Shith, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dan Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak.
 
 
Related Content
Share this article
Follow