Sesi Taklimat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, Kedah

Semasa lawatan kerja ke Langkawi YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), diiringi oleh Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhami Abdul Malek, telah diberikan taklimat mengenai Projek Demonstrasi 5G Malaysia melibatkan kes kegunaan Celcom: Kawalan sempadan digital 5G Celcom di Pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, Kedah.

Kawalan sempadan digital 5G Celcom membolehkan pemantauan digital dari pemandangan Pelabuhan Langkawi menggunakan beberapa kamera video 360 ° UHD 4K secara langsung.

Kamera tersebut memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah dan data berkelajuan tinggi dan dipasangkan dengan Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligent (AI)) serta perisian analitik video, membolehkan kawalan parameter keselamatan diperluaskan ke seluruh pelabuhan.

 
 
Related Content
Share this article
Follow