Sesi Taklimat oleh pihak Allo Technology Sdn Bhd di Menara TNB, MITC Melaka

Satu sesi taklimat oleh pihak Allo Technology Sdn Bhd kepada delegasi MCMC mengenai pelan perancangan Allo Fiberisation telah diadakan di Menara TNB, MITC Melaka.

Delegasi telah diberikan penerangan mengenai latar belakang, laporan pelaksanaan semasa serta usaha berterusan pihak Allo Technology bagi meningkatkan liputan dan mempelbagaikan penawaran bagi memenuhi permintaan pengguna.

Delegasi MCMC turut dibawa melawat beberapa lokasi pelaksanaan projek di sekitar Ayer Keroh, Melaka. Sehingga kini, kira-kira 17,000 premis telah disediakan untuk sambungan jalur lebar gentian optik oleh Allo Technology di negeri Melaka.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow