Sesi perkongsian anjuran MCMC bertajuk "Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik"

Satu sesi perkongsian anjuran MCMC telah diadakan pada 27 Julai 2022 (Rabu) jam 2:00 petang untuk mengupas topik "Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik". Forum ini membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM) dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.

Pautan video : https://fb.watch/eFTYzm4Ycu/
 
 
Related Content
Share this article
Follow