Sesi Taklimat oleh Pihak Telekomunikasi kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia di Tapak Menara Telekomunikasi Jalan Bukit Malut, Langkawi, Kedah

Satu sesi taklimat oleh pihak telekomunikasi kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Pengerusi MCMC telah diadakan apabila lawatan beliau ke tapak menara telekomunikasi Jalan Bukit Malut, Langkawi.

Pihak KKMM dan MCMC sentiasa memastikan rakyat menerima kualiti perkhidmatan dan liputan yang menyeluruh serta pengalaman pengguna yang memuaskan seiring dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Di Langkawi, pelaksanaan pelan JENDELA Fasa 1 turut memperlihatkan perkembangan memberangsangkan dengan pencapaian seperti berikut:
• 3 stesen pemancar telah siap sedia;
• 90 stesen pemancar telah dinaik taraf; dan
• 3,182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik.

Kerja pembinaan sebuah lagi stesen pemancar baharu, naik taraf ke atas 11 lagi stesen pemancar sedia ada dan penyambungan gentian optik di baki 573 premis masih dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat pada suku pertama 2022.

 
 
Related Content
Share this article
Follow