YBM Mengadap Ke Bawah DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Arau, Perlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis berkenan menerima mengadap YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Istana Arau, Perlis.

Turut hadir adalah Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Pelbagai perkara yang dibincangkan membabitkan isu-isu berkaitan perkembangan industri telekomunikasi dan multimedia di seluruh negara amnya dan di negeri Perlis khususnya.

Pertemuan ini bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara KKMM dengan kebawah DYMM Tuanku Raja Perlis serta mendapatkan sokongan, pandangan dan nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis berkaitan isu-isu pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Perlis.
 
 
Related Content
Share this article
Follow