Media & Events

Akaun Twitter @MyJAKIM Digantung: Orang Awam Digesa Waspada

06 Oct 2020
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas yang diberikan dalam menggantung akaun Twitter @MyJAKIM, yang didapati cuba menyamar sebagai JAKIM dengan niat untuk memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu sedemikian dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya.

 PDF

Share this article
Follow