Pusat Media

Emoji Twitter Khas Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2021

27 Ogo 2021
CYBERJAYA, 27 Ogos 2021 --- Para pengguna Twitter di negara ini akan berpeluang untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan negara yang ke-64 dan Hari Malaysia susulan kerjasama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak Twitter Inc. yang membangunkan sebuah emoji Twitter khas.

Tindakan membangunkan emoji khas itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Prihatin bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Emoji khas yang dibangunkan secara percuma itu boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menzahirkan perasaan dan semangat cinta kepada negara. Untuk itu, emoji Twitter khas tersebut akan dipadankan dengan tanda pagar (hashtag) yang dipersetujui penggunaannya iaitu #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia yang mana pengguna hanya perlu memasukkan tanda pagar berkenaan dan emoji yang dimaksudkan akan dipaparkan secara automatik. Emoji khas yang dibangunkan oleh Twitter sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
 
                   

Jangka masa penggunaan emoji khas dan tanda pagar tersebut adalah untuk satu tempoh yang terhad iaitu bermula dari 31 Ogos 2021 ini sehingga 16 September 2021 depan.

Sehubungan itu, MCMC ingin mengajak para pengguna Twitter di negara ini untuk tampil menggunakan emoji yang dibangunkan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia nanti.

 

PDF
 

Kongsi artikel ini
Follow