Media & Events

Gangguan Perkhidmatan Internet Di Long Semadoh, Sarawak: Kerja-Kerja (Cont')

16 Jul 2021
GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET DI LONG SEMADOH, SARAWAK: KERJA-KERJA BAIK PULIH SEDANG DILAKSANAKAN

Gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi di Long Semadoh, Sarawak seperti yang disiarkan oleh sebuah media tempatan pada 13 Julai 2021 berpunca daripada masalah teknikal pada satelit MEASAT-3.

Usaha membaikpulih menara-menara yang terkesan oleh gangguan pada satelit MEASAT-3 di seluruh negara sedang giat dijalankan oleh pihak MEASAT dan pemberi perkhidmatan berkaitan.

Begitu juga, kerja-kerja baik pulih di lebih 40 kawasan lain di Sarawak yang terjejas berikutan masalah teknikal pada satelit MEASAT-3 sedang giat diusahakan dan dijangka siap sepenuhnya pada minggu pertama Ogos 2021.


PDF

 
Share this article
Follow