Pusat Media

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Digesa Buat Laporan (Cont')

16 Jun 2020
MANTAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) DIGESA BUAT LAPORAN KEPADA PIHAK BERKUASA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius berhubung dakwaan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed bahawa beliau telah menerima gangguan panggilan daripada nombor tidak dikenali, serta berlakunya penggodaman ke atas akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn miliknya.

Sehubungan itu, beliau dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC untuk penelitian serta siasatan lanjut.

PDF
Kongsi artikel ini
Follow