Media & Events

Liputan Kembali Pulih Setelah Kerja-Kerja Pembaikan Di Menara Komunikasi (Cont')

07 Jun 2021

LIPUTAN KEMBALI PULIH SETELAH KERJA-KERJA PEMBAIKAN DI MENARA KOMUNIKASI BATU 10, HUTAN MELINTANG SIAP PADA AHAD

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi Batu 10, Hutan Melintang, Perak yang terbakar pada pagi 4 Jun lalu, telah siap sepenuhnya pada Ahad, 6 Jun seperti yang dijanjikan.

Oleh yang demikian, penduduk setempat yang mengalami gangguan disebabkan kejadian tersebut dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

Sehubungan itu, pihak MCMC ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyedia perkhidmatan yang komited melaksanakan kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi berkenaan bagi memastikan ia berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan demi kepentingan semua pengguna.

 

PDF

 

Share this article
Follow