Pusat Media

Pasukan Petugas 5G Malaysia Bentuk Kumpulan-Kumpulan Kerja Pada Mesyuarat Pertama Mereka

12 Dis 2018
CYBERJAYA, 11 Disember 2018 --- Pasukan Petugas 5G Malaysia (5GT) telah mengadakan mesyuarat mereka yang pertama di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lewat bulan yang lalu. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Sektor Ekosistem Digital dan Komunikasi, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, bersama-sama dengan Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas itu, Muniff Kamaruddin daripada Celcom.

Pasukan Petugas itu mempunyai seramai 31 ahli tetap (sila lihat senarai di bawah) merangkumi penyedia-penyedia perkhidmatan, persatuan-persatuan perniagaan, vendor-vendor peralatan komunikasi, pihak akademik, kementerian-kementerian dan agensi. Kesemuanya telah bersetuju untuk mewujudkan empat (4) kumpulan kerja dan memilih pengerusi masing-masing sebagai permulaan. Kesemua kumpulan kerja ini bertujuan untuk bergerak dengan lebih pantas dan efisien serta mengemukakan hasil dapatan mereka dan syor-syor kepada Pasukan Petugas.
“Terdapat banyak organisasi yang menyuarakan minat mereka untuk terlibat. Kami mengalu-alukan mereka berkongsi kepakaran dalam kumpulan-kumpulan kecil yang lebih spesifik,” kata Dato’ Ali Hanafiah.

 “Pasukan Petugas akan menghasilkan laporan bulanan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia bagi memaklumkan kepada beliau perkembangan mutakhir yang telah dicapai oleh Pasukan Petugas. Pasukan Petugas dijangka mengemukakan sebuah laporan komprehensif mengenai Pelan Pelaksanaan 5G Di Seluruh Negara dan Cabaran-Cabaran Utama 5G menjelang suku ketiga tahun 2019,” ujarnya lagi.
 
Kumpulan-Kumpulan Kerja Pasukan Petugas 5G
No Kumpulan Bahagian-Bahagian Pengerusi Ahli-Ahli
1 Perkara Bisnes (Business Case) Tren pengguna, keperluan dan kajian permintaan, penerimagunaan 5G, mewujudkan pekerjaan, pertumbuhan KDNK, dsb. Wakil daripada
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)
FMM, Crest, MyIoTA, MARDI, MAI, MPOC, MAMPU, MDEC, MIGHT, MOE, MMU, UTM
 
2 Pengagihan dan Pengurusan Spektrum Pengagihan di ITU, APT dan Malaysia, memerlukan lebar jalur untuk menyokong sasaran-sasaran nasional, mengenal pasti jalur spektrum untuk Malaysia dan sebagainya. Wakil daripada
Celcom
Celcom, Digi, Ericsson, Huawei, Maxis, TM, U Mobile, ZTE
3 Infrastruktur Keperluan-keperluan dan liputan untuk penempatan 5G secara optimum untuk pelbagai perkhidmatan,  analisis jurang mengenai rangkaian sekarang, kos, cabaran-cabaran, right-of-way, dsb. Wakil daripada
Maxis
Maxis, Celcom, Cyberview, Edotco, JKR, PJC, TIME, TM, TNB, TNB-IT, U Mobile, Digi
4 Kawal selia Standard Teknikal yang akan digunapakai, bilangan optimum pengendali mudah alih, menampung model perniagaan masa depan untuk penyedia rangkaian dan pihak berkepentingan yang relevan Wakil daripada Digi Digi, Celcom, Cyberview, Edotco, Khazanah, JKR, MTFSB, Maxis, KKMM, KPKT, Perbadanan Putrajaya, TIME, TM, U Mobile
 
 Ahli-ahli tetap Pasukan Petugas
 
No. Organisasi
1 Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)
2 Collaborative Research in Engineering, Science & Technology  (Crest)
3 Persatuan IoT Malaysia IoT  (MyIoTA)
4 Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)
5 Institut Otomotif Malaysia (MAI)
6 Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOC)
7 MAMPU
8 MDEC
9 MIGHT
10 Kementerian Pendidikan (MOE)
11 Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
12 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
13 Maxis
14 Celcom
15 Cyberview
16 Digi
17 Edotco
18 Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
19 Perbadanan Putrajaya
20 Time
21 TM
22 TNB
23 TNB IT
24 UMobile
25 Khazanah
26 Malaysian Technical Standards Forum Berhad  (MTFSB)
27 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
28 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
29 Ericsson
30 Huawei
31 ZTE
 
 

 PDF

Kongsi artikel ini
Follow