Media & Events

Mesej Mencurigakan Melalui Twitter Rasmi Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

12 Jan 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaranhantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang BUKAN dikeluarkan oleh pihak MCMC.


 PDF

Share this article
Follow