Media & Events

Penduduk Felda Bukit Puchong, Felda Bukit Mendi Dan Kampung Orang Asli Sungai Tuang (Cont')

15 Jul 2021
PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG, FELDA BUKIT MENDI DAN KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI TUANG DI PARLIMEN BERA, PAHANG KINI BOLEH NIKMATI JARINGAN TELEKOMUNIKASI 4G LEBIH BAIK

Para penduduk Kampung Orang Asli Sungai Tuang, Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi yang terletak di bawah Parlimen Bera, kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi lebih baik dengan rangkaian 4G selepas tiga (3) infrastruktur telekomunikasi yang didirikan di sana telah siap dan beroperasi sejak awal Jun 2021.

Sebelum ini, penduduk di tiga (3) kawasan penempatan tersebut yang dianggarkan berjumlah 5,500 penduduk mempunyai liputan komunikasi yang terhad dan menghadapi kesukaran mengakses Internet terutamanya guru dan pelajar dari SK Felda Bukit Puchong dan SMK Felda Bukit Mendi yang menjalankan aktiviti PdPR dari rumah.

Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap, dianggarkan sebanyak 192 talian jalur lebar tetap sedia ada di Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi yang masih menggunakan teknologi lama berasaskan kabel tembaga akan dinaik taraf kepada rangkaian kabel gentian optik. Ini bagi membolehkan penduduk menikmati perkhidmatan jalur lebar tetap yang lebih laju dan stabil. Kerja-kerja naik taraf tersebut dijangka siap menjelang suku pertama 2022.

Sebagai usaha berterusan, beberapa inisiatif lain juga telah dirancang di bawah pelan JENDELA yang mana antaranya adalah:

1. 10 buah menara baharu lagi akan dibina dan dijangka akan bermula dibina seawal September 2021 dan dijangka siap secara berperingkat antara Mac hingga Jun 2022.

2. Menaikkan taraf 57 stesen pemancar sedia ada kepada rangkaian 4G dan kerja-kerja naik taraf akan bermula pada Ogos 2021 dan akan siap secara berperingkat sehingga Mac 2022.

3. 4,193 buah premis akan dinaikkan infrastruktur jalur lebar tetap daripada teknologi berasaskan kabel tembaga kepada rangkaian gentian optik. Inisiatif ini telah bermula semenjak suku pertama 2021 dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku kedua 2022.


PDF
 

Share this article
Follow