Media & Events

Standard Mandatori Untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) Dari Infrastruktur Komunikasi (Cont')

01 Nov 2021
STANDARD MANDATORI UNTUK PANCARAN MEDAN ELEKTROMAGNET (EMF) DARI INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI RADIO BAHARU BERKUAT KUASA 1 NOVEMBER 2021

Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio (MS EMF) baharu akan dikuatkuasakan bermula hari ini, 1 November 2021.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), MS EMF baharu dikemas kini dengan had pendedahan EMF terkini berpandukan kepada garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa Terhadap Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP) yang diterbitkan pada 2020.

Selain itu, MS EMF baharu ini juga turut merujuk kepada penanda aras antarabangsa yang juga mengambil kira teknologi semasa dan masa hadapan untuk memantapkan aspek-aspek pelaksanaan, pemantauan dan penilaian EMF agar ianya lebih sistematik dan berkesan.

MS EMF ini adalah penting bagi memantau pelepasan frekuensi radio EMF oleh pihak penyedia perkhidmatan selain menjamin keselamatan orang awam seiring perkembangan semasa teknologi komunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini tidak lama lagi.

Penyediaan MS EMF yang baharu dibuat melalui Siasatan Awam bermula dari 19 Julai hingga 17 September 2021 lalu.  Berikutan itu, pihak MCMC telah mengeluarkan Laporan Akhir Siasatan Awam mengikut Seksyen 65 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang boleh didapati di pautan:
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PIR_Revision_MS_EMF.pdf  
 

PDF

Share this article
Follow