LAWS OF MALAYSIA
PART IV - LICENCES
Bab 2 - Lesen Kelas
Seksyen 45. Permohonan bagi pendaftaran.
(1) Seseorang yang berhasrat untuk menjalankan urusan di bawah suatu lesen kelas hendaklah mendaftar dengan Suruhanjaya dengan mengemukakan suatu notis pendaftaran kepada Suruhanjaya.

(2) Suatu fi pendaftaran, yang hendaklah ditentukan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, hendaklah dibayar oleh orang itu kepada Suruhanjaya setelah pendaftaran orang itu.