LAWS OF MALAYSIA
PART IV - LICENCES
Bab 2 - Lesen Kelas
Seksyen 47. Syor oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh memberikan suatu syor bertulis kepada Menteri bahawa orang yang tertakluk kepada suatu lesen kelas di bawah Bahagian ini dibatalkan pendaftarannya dalam mana-mana keadaan yang berikut:

    (a) orang itu telah tidak membayar apa-apa amaun yang dikehendaki oleh Akta ini atau lesen itu;

    (b) orang itu telah tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau terma dan syarat lesen itu;

    (c) orang itu telah melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia;

    (d) orang itu telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya; atau

    (e) pembatalan pendaftaran itu adalah demi kepentingan awam.