National Digital ID

Keperluan Untuk ID Digital

  • ID Digital adalah suatu platform pemboleh yang penting dalam penyediaan sebuah perkhidmatan digital yang dipercayai yang mana ia adalah mudah, lancar serta menjimatkan kos dan masa rakyat.
  • Ia menawarkan suatu perlindungan privasi yang selamat dan terjamin. ID Digital membenarkan identiti seseorang individu disahkan di ruang siber untuk mengakses perkhidmatan dalam talian dan melakukan transaksi, seperti perkhidmatanperkhidmatan kerajaan, perbankan dan e-dagang pada bila-bila masa, di mana sahaja, atau melalui peranti elektronik dalam cara yang selamat dan terjamin.
  • ID Digital turut melindungi privasi maklumat peribadi dan sensitif yang terdapat pada platform perbankan, kewangan, penjagaan kesihatan dan e-dagang. Identiti seseorang individu boleh disahkan melalui proses pengesahan berpandukan kepada maklumat peribadi.
Related Content
Share this article
Follow