National Digital ID

Manfaat-Manfaat ID Digital

Peningkatan Pengalaman Pengguna
  1.  Proses yang diperincikan dan konsisten dengan capaian yang lebih mudah kepada perkhidmatan kerajaan dan perniagaan.
  2. Contoh penggunaan: e-Wallet/dompet elektronik (Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, dll), u-Pustaka
  • Mewujudkan lebih banyak platform transaksi pembayaran mengikut kemudahan pengguna
  • Platform yang lebih selamat dan mesra tanpa perlu hadir di kaunter secara fizikal
  • Wadah perkongsian pengetahuan (sumber maklumat fizikal dan digital) di pelbagai agensi 4
Pilihan Pengguna
  1. Menyediakan mekanisme untuk membolehkan pengguna menggunakan ID Digital yang berpandukan dasar dan piawaian yang ditetapkan.
  2. Contoh penggunaan: e-Perbankan (CIMB Clicks, Maybank2u, dll)
  • Pelbagai platform perbankan and transaksi kewangan secara selamat dan dilindungi
  • Membolehkan pengguna memilih perkhidmatan perbankan yang diingini mengikut syarat-syarat dan keperluan tertentu 
Perkhidmatan Dalam Talian Tambahan‚Äč
  1. Lebih banyak perkhidmatan digital 'bernilai tinggi' disediakan dengan membolehkan pelbagai tahap jaminan.
  2. Contoh penggunaan: e-Perolehan (Kementerian Kewangan atau MOF)
  • Sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui Internet
  • Ia juga berfungsi sebagai medium alternatif untuk pendaftaran pembekal dan pembaharuan sijil MOF
Peningkatan Privasi 
  1. Pengurangan pendedahan maklumat peribadi yang tidak perlu dan peningkatan dalam persetujuan pengguna secara langsung, termasuk membolehkan pengguna mengawal dan menyimpan maklumat identiti mereka secara peribadi.
  2. Contoh penggunaan: e-Kesihatan (Malaysia Health Data Warehouse - MyHDW)
  • Melindungi capaian kepada maklumat, rekod perubatan dan insurans kesihatan pesakit
  • Mengeluarkan preskripsi perubatan oleh pengamal perubatan/doktor berdaftar
Pengurangan Penipuan dan Kecurian Identiti
  1. Kawalan dan proses identiti yang lebih kukuh untuk memerangi penyalahgunaan dan kecurian identiti.
  2. Contoh penggunaan: e-Hailing (Grab, MyCar, dll)
  • Memastikan identiti pemandu dan penumpang adalah sah 
  • Mengelakkan pemandu e-hailing daripada menggunakan aplikasi yang palsu dan membuat penipuan GPS untuk memperdaya penumpang
  • Mengelakkan daripada menggunakan banyak telefon dan akaun yang berbeza-beza
Pelaburan Kerajaan Yang Kos Efektif 
  1. Keupayaan untuk Kerajaan terlibat dalam mengenal pasti ekosistem melalui cara yang kos efektif.
  2. Contoh penggunaan: Pembahagian Subsidi Dalam Talian (Bantuan Sara Hidup - BSH) - MOF
  • Mengelakkan duplikasi pengguna berdaftar
  • Memastikan hanya yang layak dipilih sebagai penerima subsidi
  • Mempromosikan penjimatan kos, masa dan tenaga; serta menggalakkan suasana kerja tanpa kertas (paperless)
Pertumbuhan Ekonomi
  1. Membolehkan pertumbuhan dalam ekonomi digital dengan menyediakan penyelesaian digital dan infrastruktur yang sewajarnya.
  2. Contoh penggunaan: Pembayaran Cukai LHDN (e-Filing)
  • Platform sehenti dalam urusan pemfailan dan pembayaran cukai bagi individu dan perniagaan
  • Peruntukan sijil digital dan tanda tangan digital yang membolehkan tiada sangkalan (non-repudiation) dan privasi
Kecekapan Operasi
  1. Pengurangan dalam perbelanjaan berulang dan usaha merentasi pelbagai sektor serta meningkatkan perkongsian maklumat berdasarkan tadbir urus yang ketat dalam amalan terbaik persetujuan dan privasi.
  2. Contoh penggunaan: e-Penyata Gaji (Jabatan Akauntan Negara Malaysia)
  • Satu platform untuk pekerja Kerajaan memeriksa maklumat gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan
Related Content
Share this article
Follow