National Digital ID

Hala tuju Malaysia

  • Estonia, India (Aadhaar), United Kingdom (UK Verify), Australia (myGov) Belgium (itsme), Denmark (NemID), Norway (BankID), Sweden (BankID), Finland (TUPAS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAEPASS) adalah antara negara luar yang telah berjaya memperkenalkan ID Digital di peringkat kebangsaan.
  • Malaysia mensasarkan untuk menyediakan platform pengesahan yang dipercayai dalam bentuk ID Digital Nasional bagi menghapuskan elemen-elemen penipuan, dan inisiatif ini telah menerima persetujuaan Jemaah Menteri. Inisiatif ini akan diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) manakala kajian terperinci mengenai model pelaksanaan dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • Satu kajian komprehensif akan dijalankan mulai September 2019 untuk tempoh sembilan (9) bulan. Kajian ini akan mengenal pasti rangka kerja ID Digital Nasional yang holistik dan akan mencadangkan saranan-saranan kepada Kerajaan mengenai model pelaksanaan yang sesuai yang memenuhi keperluan rakyat, perniagaan dan negara. Ia akan mengambil kira konteks unik Malaysia termasuk infrastruktur MyKad dan swasta yang sedia ada, faktor-faktor semasa sambil mengenal pasti polisi-polisi baru yang diperlukan.

 

Related Content
Share this article
Follow