Media & Events

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) untuk Bantuan Mangsa Banjir

24 Dec 2014

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.

Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.


Sila layari : http://sms13999.skmm.gov.my/ untuk mengetahui bilangan terkini jumlah tabung bantuan Mangsa Banjir.

Share this article
Follow