Media & Events

Pertandingan Laman Sesawang 'Murni Bahasa, Lestari Budaya'

02 Dec 2013
Pertandingan Laman Sesawang 'Murni Bahasa, Lestari Budaya'



Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang disambut selama tiga (3) bulan iaitu Oktober, November dan Disember setiap tahun.
 
Pertandingan laman sesawang ini dianjurkan bertujuan untuk:
 
a)    Menyokong usaha Kerajaan dalam mengangkat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun negara dan budaya.
b)    Menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian dan
c)    Menyemarakkan budaya dan kecintaan penjawat awam terhadap bahasa Melayu.
 
Dengan tema ‘Murni Bahasa, Lestari Budaya’, pertandingan ini WAJIB disertai oleh setiap jabatan/agensi dalam Kementerian dan agensi berkaitan Kerajaan dalam kawal selia SKMM.

Tarikh tutup pertandingan ialah pada 16 Disember 2013.
 
Hadiah tempat pertama: RM3,000 + trofi + sijil penghargaan
Hadiah tempat kedua    : RM2,000 + trofi + sijil penghargaan
Hadiah tempat ketiga     : RM1,000 + trofi + sijil penghargaan

Sila klik pada Lampiran A untuk maklumat pertandingan dan Lampiran B untuk kriteria pemarkahan.









Share this article
Follow