Digital Trust and Community Empowerment: Cashless Society Initiative Phase 4 (2026) telah berjaya dilaksanakan sebagai platform libat urus strategik yang menghimpunkan rakan industri dan pemegang taruh bagi membincangkan isu merentas ekosistem digital, termasuk keselamatan dalam talian, literasi digital dan perlindungan pengguna.
Perbincangan ini berteraskan empat tonggak utama Rangka Kerja Cashless Society iaitu Keselamatan Siber, Literasi Kewangan dan Digital, Peluang Pendapatan serta Pembinaan Kapasiti sebagai asas kolaborasi antara kerajaan, pengawal selia, industri dan masyarakat bagi memastikan inovasi kewangan berkembang secara selamat, inklusif dan bertanggungjawab. Sesi Meja Bulat ini turut menyelaras pelaksanaan Fasa 4 (2026) selari dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), sekali gus memperkukuh keyakinan awam terhadap platform dan perkhidmatan digital.
Inisiatif ini seiring dengan aspirasi MCMC untuk terus “berhubung dan berinovasi bersama demi memperkasakan masa depan serta ekonomi Malaysia.” Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan strategik, pengurus NADI dan pemegang taruh atas komitmen berterusan dalam membina ekosistem digital Malaysia yang selamat, inklusif dan mampan.
Related Content