Program Kempen Internet Selamat (KIS) berjaya mengumpulkan 158 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan penyertaan lebih 1,500 pelajar, menjadikannya antara program literasi digital terbesar anjuran MCMC setakat ini.
Inisiatif anjuran MCMC Wilayah Tengah bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Bahasa Cina Malaysia ini turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching.
Sepanjang program, para pelajar mengikuti sesi Pocket Talk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, CyberSecurity Malaysia dan PDRM, taklimat modul Internet Selamat serta aktiviti di reruai interaktif yang meningkatkan kesedaran keselamatan siber. Program ini turut melantik 316 ikon K-DAT sebagai duta keselamatan Internet di sekolah, sekali gus memperkukuh literasi digital dan memupuk penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Related Content