MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan telah menjayakan Kempen Internet Selamat sempena Program Bicarawara Ihya’ Ramadan bersama lebih 280 warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Ahli Puspanita Cawangan KBS di Menara KBS, Putrajaya.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan siber dan etika penggunaan Internet, selaras dengan aspirasi Alfa dalam Era Madani. Para peserta didedahkan kepada isu seperti buli siber, pengantunan seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian, had umur media sosial dan penyebaran maklumat palsu melalui pendekatan interaktif.
Sesi ini turut mempromosikan Hari Keselamatan Internet 2026 serta mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam membentuk komuniti digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Related Content