Kunjungan Hormat Pengerusi MCMC ke Pejabat Ketua Menteri Melaka

Pelaksanaan Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) melibatkan kerjasama jitu daripada pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri. Kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka mengulangi pendirian dan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan tahap ketersediaan infrastruktur digital sedia ada dalam mencapai hasrat dan aspirasi inisiatif JENDELA.

Pertemuan ini turut membincangkan isu-isu berkaitan pembinaan infrastruktur digital, ruang dan peluang kerjasama baharu serta pertukaran buah fikiran dalam memperkukuhkan lagi persefahaman dan hubungan dua hala antara MCMC dan Kerajaan Negeri.
 
 
Related Content
Share this article
Follow