Lawatan Kerja Delegasi MCMC ke HAB Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh

Lawatan kerja delegasi MCMC ke HAB Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh membincangkan cara terbaik untuk memastikan liputan rangkaian telekomunikasi di sekitar kawasan tersebut.

Bandar Universiti Pagoh adalah yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN, terletak di kawasan seluas kira-kira 200 hektar dan dikelilingi oleh pembangunan bandar universiti termasuk kawasan penempatan dan pusat komersil baharu dengan keluasan melebihi 1,600 hektar.

Hab pendidikan tersebut menempatkan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) dan tiga universiti awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Turut hadir adalah wakil wakil permbekal perkhidmatan telekomunikasi.
 
 
Related Content
Share this article
Follow