Lawatan Kerja ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Berang dan Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu

Delegasi MCMC telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Berang dan Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu. Turut hadir bersama adalah YBTM KPDNHEP YB Dato' Rosol Wahid merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Pusat Internet Komuniti (PIK) berperanan membantu usahawan kecil terutamanya di luar bandar untuk menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Melalui PIK, usahawan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui latihan yang dilaksanakan oleh MCMC.

Ramai usahawan di Kuala Berang dan Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu yang bermula secara kecil-kecilan, kini telah berjaya memasarkan produk mereka hingga ke luar daripada Hulu Terengganu menerusi platform media sosial dan di antaranya ialah Apih Barbershop, Lapor Steseng, Kafe Sifu Teh Lapis dan pengusaha Pencicah Air Asam Viral.

Antara usahawan yang terkesan akibat Pendemik Covid-19 adalah pengusaha Tanjak Karya Jemari Kayangan dan pengusaha Kaligrafi Khat di mana pengusaha ini memasarkan produk secara tradisional iaitu dengan membuka tapak jualan ketika mengikuti program anjuran Kraftangan. Dengan latihan dan hasil bimbingan petugas PIK Kuala Berang dan Kg Tengkawang, usahawan-usahawan ini mula memasarkan produk-produk mereka secara digital.
 
 
Related Content
Share this article
Follow