Lawatan Kerja MCMC ke Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan, Kuantan Pahang

Lawatan kerja MCMC bersama Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah dan YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ke Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan, Kuantan Pahang.

Pusat Internet ini telah melahirkan ramai usahawan muda yang mengeluarkan produk makanan seperti Sambal Ikan Tokma, Kerepek Pisang Rapuh dan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet untuk mengakses media sosial dan memasarkan produk mereka melalui platform e-dagang.
 
 
Related Content
Share this article
Follow