Lawatan kerja MCMC ke Felda Bukit Sagu, Kuantan Pahang

MCMC bersama Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Menteri Kewangan II iaitu YB Tuan Mohd Shahar Abdullah telah turun padang meninjau kawasan penduduk Felda Bukit Sagu, Kuantan Pahang yang menghadapi kekangan liputan Internet yang terhad.

Masalah capaian Internet bakal diatasi apabila sebanyak 7 menara komunikasi yang sedia ada akan dinaik taraf dan sebuah menara komunikasi baharu akan dibina di bawah pelan JENDELA yang dijangka beroperasi pada suku kedua 2021 untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Felda Bukit Sagu.

MCMC sentiasa memantau semua aduan yang disalurkan dan mengambil tindakan susulan agar masalah capaian Internet dapat ditangani secepat mungkin.
 
 
Related Content
Share this article
Follow