Lawatan Kerja YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ke Kampung Parit Mohamad

YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Parit Mohamad, Batu Pahat bagi meninjau keadaan liputan rangkaian telekomunikasi serta melihat sendiri cabaran yang dihadapi penduduk. Turut serta ialah delegasi MCMC bersama wakil syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menjalankan semakan dan pengujian rangkaian di beberapa lokasi.

Hasil semakan mendapati masih terdapat beberapa kawasan yang mengalami liputan kurang memuaskan berikutan faktor jarak daripada struktur telekomunikasi sedia ada serta halangan muka bumi. Bagi mengatasi isu ini, sebuah menara telekomunikasi baharu setinggi 45 meter sedang dibangunkan oleh Maxis di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan dijangka siap menjelang Disember 2026.

Apabila siap kelak, menara ini dijangka meningkatkan liputan rangkaian mudah alih di Kampung Parit Mohamad dan kawasan sekitarnya. MCMC akan terus memantau pelaksanaan projek ini bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan penduduk menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti dan berdaya harap.
 
 
Related Content
Share this article
Follow