MCMC Negeri Sembilan Perkasa Kesedaran Keselamatan Internet Melalui Karnival Digital & Hari Terbuka PPD Kuala Pilah 2025

MCMC Negeri Sembilan terus komited memperkasa masyarakat digital melalui Kempen Internet Selamat sempena Karnival Digital & Hari Terbuka PPD Kuala Pilah 2025 pada 1 November lalu.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mano Verabathren, dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Haji Saiful Yazan Sulaiman, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim serta Pegawai Daerah Kuala Pilah, Nawal Mohamed Amin.

Antara pengisian utama ialah Forum Kempen Internet Selamat “Keselamatan Internet, Tanggungjawab Bersama”, yang dikendalikan oleh Pengarah MCMC Negeri Sembilan, Ts. Md Tahir Musa bersama tiga panel jemputan yang berkongsi pandangan tentang cabaran dunia siber dan cara membentuk persekitaran digital yang selamat. Kehadiran 124 Ikon K-DAT guru dan pelajar daripada 62 sekolah membuktikan kesedaran terhadap keselamatan Internet semakin meningkat, satu langkah positif ke arah membina generasi celik digital dan beretika dalam penggunaan teknologi.
 
 
Related Content
Share this article
Follow